Tuesday, March 15, 2016

PAVLOVA IN DA HOUSE


Shool holidays.. 
Semestinya...ada je permintaan-permintaan yang perlu ditunaikan. 
Nak inai, nak bowling (ni dah jatuh wajib...dah jadi biasa, not considered as a request anymore), nak buat kek lapis, nak gi IOI..and ada jugak request nak buat pavlova.

So, today it's about pavlova.
Dah pernah rasa pavlova ni...just secubit....tu pun kawan pelawa. Ok, so so. Tu lah sekali. People were crazy about it at that time, tapi tekak ni taknak lah pulak. Tak tau lah kenapa. 

But this time, anak dara nak pavlova. I could simply buy...but she insisted on  baking it herself. 
Alamak !!! Ibu mana pernah buat pavlova ni...mana nak reti...That's one thing. The more important thing is...macam mana nak ajar anak buat kalau ibu sendiri tak pernah buat. 

Tinggg !!! Internet kan hado!
So, menggoogle lah kita. Banyak resepi pavlova. Rupanya tak susah mana pun nak buat pavlova ni. Bahan semua ada kat rumah...cuma the fruits takde. Got my eldest to buy them at the supermarket. 

Maka, bersukaria lah kita di dapur bersama anak dara..

This is the recipe that we used (credits to http://www.tiffinbiru.com):

4 putih telur 
1 cawan gula halus
1 camca besar tepung jagung
1 camca teh cuka makan
1 camca teh esen vanilla
3/4 cawan non-dairy whipping cream, putar hingga kembang
Buah2an segar seperti stroberi, kiwi, peach, anggur, blueberry, raspberry dan mangga

Cara membuatnya (ni olahan diri sendiri...kalau nak, boleh juga ke link yang diberi di atas tu)

1. Panaskan oven 180 C.
2. Dengan pensil, draw bulatan berukuran 9" di atas kertas minyak. Alaskan loyang pembakar dengan kertas minyak tersebut (terbalikkan kertas minyak tu ye so that yang berpensil tu di bhgn bawah) 
3. Putar putih telur hingga berbuih. 
4. Masukkan gula sedikit demi sedikit  dan terus memutar  dengan kelajuan yang tinggi hingga gula habis dan adunan menjadi meringue yang kental dan berkilat. You know adunan is ready bila ianya tak jatuh dari pemukul bila pemukul diangkat tinggi. 
5. Ayak tepung jagung dan masukkan ke dalam meringue. Gaul dengan spatula. Masukkan juga cuka dan esen vanila. 
6. Tuang adunan ke atas kertas minyak. Ikut ler bulatan yang dibuat tadi. Memang akan sedikit tebal. 
7. Turunkan suhu oven kpd 130 C. Dan bakar adunan selama 1 jam 20 minit.
8. Adunan akan kelihatan sedikit perang bila telah masak. 
9. Bila telah siap masak, jangan keluarkan lagi daripada oven. Sebaliknya renggangkan sedikit pintu oven dan biar pavlova sejuk dengan sendiri dalam oven tu.
10. Bila pavlova dah betul sejuk, boleh putar whipping cream hingga kembang..dan spread over the pavlova. Kemudian hias lah dengan fruits kegemaran. 



Ni rupa pavlova anak dara saya semasa proses membakar... Proses sebelumnya spt memutar saya tak ambik gambar  sebab....lupa !!!



Pavlova dah sejuk dan sedang dihias... Tu tangan siapa tu ? Tu tangan anak bujang yang sulung. Dia joined last minute. Bila dah siap, dia bukannya makan pun..."Along suka buat je..along tak suka makan," katanya. Dia mmg particular about healthy diet ni. Yang manis2 mmg dia tolak tepi. Bila masak pun, ibu kena tengok supaya makanan darat dan laut tak bercampur...along kata ikut sunnah nabi. It's good to have someone in the house to always remind me actually.


Ni bekas ibu makan. Licin kan ? Tandanya sedap la tu..
Boleh buat lagi next time.
Should thank my daughter for getting me into this. Kalau tak, sampai bila pun tak buat pavlova. 

No comments:

Post a Comment