Wednesday, November 25, 2015

TEST..TEST...TEST...

Ermm...test la... test resepi carrot cake from facebook... 
Yang jadi nak test tu sebab resepinya agak lain...dan paling penting >> sebab simple !! ...dan semua bahan jenis memang sentiasa ada stok kat rumah... Kalau resepi yang leceh2 tu lambat sikit laa nak menerainya...

Ni resepi nya...

RECIPE:

3 medium sized carrots
3 eggs
¾ cup vegetable oil
2 cups flour
1.5 cup sugar
1 tablespoon baking powder

1 cup sugar
1 cup chocolate powder
¼ cup milk
50g butter

Add the carrots, the eggs and the oil in a blender and blend it for at least 5 minutes. In a bowl, mix flour, sugar and baking powder. Pour the carrot-egg-oil puree in to the dry ingredients mixture. Place in a 8-inch cake pan and bake for 45min at 350 F.

For the icing, just mix sugar, chocolate powder, milk and butter in a saucepan and mix it well. When it comes to a boil, wait 1 minute and turn off the heat.


Ada video nya on facebook tapi nak share video tak reti... So I ambik gambar je...
Ni dia...


Boleh gi kat my facebook wall utk nak nengok eh.. atau pun boleh gi kat URL nya >> https://www.facebook.com/video.php?v=933793016707866

Ni hasil test...



Fresh from the oven






My first try...terus jadik !! Cuma for the icing I lebihkan susu sikit coz if not it is too 'thick'.. And I kurangkan sikit baking powder...1 tbsp tu macam banyak sgt je...

Kalau tanya sedap ke tak, hmm....sedap. Rasa 'fresh"... I think it's because of the carrot. And tak manis sangat. Just nice. Terus punah diet..isk..isk..isk... Berat baru nak turun sikit. Minggu ni kena larik lebih sikit la nampaknya. Padan muka I !!

Okay. Testing selesai... Next test will be next week...insyaAllah. Kalau hari2 test alamatnya....hmm...tambah 'sado' lah ai... ;-)) [ sado la sangattt....hihihi ]


Tuesday, November 24, 2015

@ MHI, TV3

Ni first story pasal keje kita yang kita share kat sini... Cerita dah lama tapi tak sempat nak share.

5th November 2015.... students form KvertS muncul kat MHI, TV3... sebahagian rangka promosi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) untuk Pertandingan KVSkills Kebangsaan 2015 yang diadakan pada 16 - 19 November 2015..

 
Para pelajar yang terlibat adalah dari Unit Fesyen dan Membuat Pakaian, Unit Seni Kulinari dan Unit Kosmetologi. Para pelajar ini telah menjuarai pertandingan KVSkills di peringkat zon dalam bidang masing-masing dan mewakili Zon Tengah ke peringkat kebangsaan.

 
 
Saudara Muhammad Amir Arif sedang ditemuramah

Saudari Natasya Liana dan Saudara Faris, antara finalis dalam Pertandingan Mereka Jubah (robe) Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional

One for the camera

MHI bersama Pengarah BPTV, Pn Hjh Zalihar
 

KVertS STORIES HERE

Lama tidak bersiaran..
Alasan ? Biasa...BZ !
Lagi pun, there's not much to tell.

Tapi hari ni nak kasik tau....

Ni...di bawah ni..a 'story' that I shared in another blog of mine, KVertS at upakvertsetapak.blogspot.com

"Lamanya tak bersiaran...
Tapi tgok traffic feed, still ada je yang baca blog ni...
Minta maaf for not updating or sharing new stories.... tiada alasan lain lahh...memang sesungguhnya saya super busy. Nak cuti laaagiii busy. KVSkills Kebangsaan 2015, Karnival Keusahawanan KV....among other things.
Ni...belanja sikit bahan bukti :-))

Di booth pameran Karnival Keusahawanan KV

Champions form KVertS in KVSkills 2015

Tapi ....di sini juga saya nak announce (wahhh ! 'announce' ekkk....)

Berdasarkan perkembangan terkini, please go to nama ku ctkay at ctkay69.blogspot.com for stories on KVertS ye....Feeling like taking a break from this blog...again, based on perkembangan terkini."

So, beginning today, I will also share stories about my work here...in this blog. Mudah-mudahan ada kebaikan.

Saturday, October 24, 2015

CERITA PEMILIHAN BOWLING

Semua dengan kehendakNya jua...

Hari ni berlansung Pertandingan Boling Tenpin Kelab Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (KSKKPP) WPKL ... 

Objektifnya --> pemilihan pemain untuk ke Pertandingan Boling Tenpin KSKPP Peringkat Kebangsaan yang akan berlansung pada bulan Disember nanti bertempat di Sunway Megalanes, Sunway Pyramid.

Not much to say actually...kerana 'rasa' syukur itu melebihi segalanya...sehingga tak terkata apa... 

Tengok je lah gambar-gambar nihh...


Keputusan keseluruhan (perempuan)

Team perempuan yang akan mewakili WP Kuala Lumpur ke peringkat kebangsaan

Hari ni punya cerita...

Thursday, October 22, 2015

A THROWBACK

Sabtu...the first day of September school holiday. Venue -> The Malay College Kuala Kangsar. Biasanya by Friday diorang dah sampai rumah. Tapi kali ini beza... yang nombor dua ada kelas tambahan (SPM maaa...), yang bongsu terlibat dalam ni.....


Takkkkk....tak payah cari anak I dalam gambar kat atas tu. Dia tak terlibat dalam band...Instead, dia menari !!!..Unfortunately, got no still picture of him in action. I have the video though but the size is too big to be uploaded here (it's not that it cannot be done...I am just too lazy to edit the video).

Got to see the Royal Highness Raja Permaisuri Perak in real life. Adoihhhhh...she is so cantikkk.. No photo of her too.... She always had people (bodyguards and dayangs) around her. So, it was quite difficult to get a good shot of her.. 

Anyway, I enjoyed the show. It was quite overwhelming tengok budak-budak ni performed....How talented they are...walaupun umur tu masih considered muda belia. 

The show ended at about 11.00 pm. We spent the night in Kuala Kangsar, and since it's already very near, we decided to take a trip to Royal Belum the next day. Dah lama berhajat ke sini sebenarnya... tapi masa je selalu mencemburui (hehehe..) but this time redah je....again..since it's already very near. Kalau nak cari waktu lain, entah bila.


The place has a lot to offer... from trekking, fishing, boat-touring /cruising the area, camping to bamboo rafting...


Unfortunately, we were there for only one night (as there were more important things waiting for us in KL...). So, these were the only things that we did...

Trekking
The trail... Hilly..
Didn't go far though as it was quite late in the evening and was getting dark. My second son and I made a u-turn when we started hearing bunyi pelik2 of the animals. Takuttt... 
It's swimming time.
This was after trekking
Love the scenery at the back. Was hoping to catch the sun set. But it was cloudy...the sky was really dark 
@ breakfast the next day. Makanan sedap!!!
Masa ni ada mantan PM, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sekali...tapi tak ambik gambar pun.. kesian tengok dia nak makan pun susah sb org asyik mintak nak ambik gambar.
Ambik gambar kitorang je lah....laaagiiii glemer..
After breakfast..bamboo rafting...
Syioookk habiss...
Mula2 takut...lepas tu lupa dunia terus..
Menarik....Sangat menarik. Rasa taknak balik.. Akan ke sini lagi, insyaAllah..

Monday, October 19, 2015

PERMAINAN YANG TAK MENJADI

16 Oktober 2015..Jumaat...jam 2.00 ptg...di Ampang Superbowl, Metro Point, Kajang...

Permainan yang tak menjadi...dalam Pertandingan Boling Tenpin PESKAT peringkat Zon Tengah.

Frust
Keciwa.
Menonggeng.

Semua pun ada.
[ Rasa bodoh pun ada gak :-( ]

Apa2 pun menang tempat ketiga individu perempuan. Happy? Tak sangat. Yup, I got 3rd place tapi kepuasan takde...coz main mmg macam ntah apa2. Not proud of my performance..

But then again....bola tu kan bulat....

Sabtu ni, 24 Oktober 2015 akan berlansung selection untuk Pesta Sukan dan Kebudayaan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP) Peringkat Kebangsaan. Hope to do better.

Training...dan training...dan training la Siti Kamariah oihhh...

Team perempuan...bersama boss (berdiri paling kiri)
Tempat Ke-3 Individu Perempuan...

Thursday, October 8, 2015

ANOTHER WAY TO ENJOY EGGS

Yupps....
This is another way to enjoy eggs for breakfast...

In the oven

Egg muffin in da house

Sila abaikan yang berkelecah tu..

This was actually my first try.... Ambik resepi kat facebook je...
If you asked me...I'd say  >>. Sedap u alls...i all tak tipu... (walaupun tak ikut resepi exactly).

The 6 ketuls of muffin were from 4 eggs. But because ada cheese bagai... I all makan 2 ketul pun dah kenyang. So, the second time I baked this, I used 2 eggs only....and I got 4 ketuls of egg muffin...2 ketul for me and 2 ketul for my hubby (walau pun my hubby tak suka sangat...***Dia ni prefer selera kampung ...muffin2 bagai ni dia tak reti makan. Taunya telur mata kobau yo..) 

Wokeyh.. I all bai dulu. Selamat menjamu mata. Kalau nak jamu selera, nnt I bagi resepi. 

Saturday, October 3, 2015

SPM & PT3 2015

Assalamualaikum.

Alhamdulillah...kembali bersiaran. Namun sedikit payah...don't know where and how to start actually..

Ok. Was in  MRSM Tun Ghazali Shafie, Kuala Lipis this morning. And was in The Malay College, Kuala Kangsar, Perak last night. Both bagi menghadiri program sekolah...Solat Hajat SPM dan PT3 2015.

Solat Hajat @ MRSM TGS

Ye...Dua org anak peksa besar tahun ni.. Otomatik ibu n ayah risau lebih, keje lebih..berleter pun lebih. Bila anak2 stress, maka macam2 lah ragamnya ....sampai kadang2 ibu ayah juga 'ter'stress. ;-))

Harapannya..
Semoga Allah merahmati kesemua calon SPM & PT3 2015 dgn limpah kurnia dan inayah Nya..
Semoga kesemua mereka lulus dgn cemerlang, insyaAllah

At home...missing my children so much..

Tuesday, August 18, 2015

BLOG DAH BERABUK

Assalamualaikum wbt.

Lama sungguh blog tidak di hapdet...

Bulan puasa, raya...mak busy...

Dah habis raya....lagi lah busy... :-)

Lagi pun, takde cerita yang menarik pun utk mak kongsi...

Ada citer best nnt, mak citer...

Saturday, June 6, 2015

CHILLING @ SG CHILING

Bercanda di air terjun namanya. 


Cenggini haaa....


Took the kids to Sg Chiling this morning. Super excited.
Buat apa kat Sg Chilling ? Apa lagi...bersatu dengan alam !! (kalau ibu punya version lah...kalau anak2 punya version, mungkin sebab the adventure)

Sg Chiling ni is about 70 km from Kuala Lumpur....Nak sampai sini...takyah susah2 cari map segala bagai. Waze kan hado ! Nak senangkan citer, from pekan Kuala Kubu Bahru, cari arah ke Frasers Hill. On the way, if you find Kuala Kubu Bahru Dam, maksudnya betullah tu. 

The dam is in the background. We stopped here on the way back. Mata kecik sebab matahari atas kepala.

Jalan ke depan lagi...about 10 km more. Bila nampak kereta parking di kiri kanan jalan, dah sampai lah tu. 

We left the house early. Still, there were already many people by the time we reached the place. 
The place is called Sg Chiling Fish Sanctuary

Ok. Dah sampai. Dari pintu gerbang ni, kena jalan dalam 500 meter sebelum sampai ke tempat pendaftaran. 
Sini pun nak kena daftar? Mesti lah..utk keselamatan. Tak tahu kan bila bahaya nak datang...kot sungai bah ke, tanah runtuh ke...mana lah tau. Bayaran masa mendaftar - RM1/org. Murah je kan. Masa mendaftar juga barang-barang kita akan diperiksa...If you bring plastic bags, maka deposit akan dikenakan...Deposit akan dipulangkan semula bila you bawa semula plastic bags pulang setelah selesai segala aktiviti dan you nak balik. I puji cara ni...sebab nak elak orang tinggalkan sampah merata-rata. Botol air mineral juga kena bagi deposit ok. So, it is advisable that you put food and all other stuff that you want to bring with you dalam tupperware ke...atau apa2 ware sekalipun lah. Senang...you bawak..and you bawak balik. But then again, it is not advisable to bring so many things either as you are going to cross the river six times before you reach the waterfall. 

Walking to registration counter. 
Sampai sudah di tapak pendaftaran
Di sini ada tapak perkhemahan kalau nak berkhemah.....especially for family with small kids.
Air kat tempat perkhemahan pun dah cukup cantik dah. Tak perlu masuk dalam hutan dan air terjun pun takpe.
Ada wakaf utk rehat. Ni muka penat lepas mandi air terjun. Rehat jap.
Surau pun ada.

Lepas daftar, boleh lah start jalan ke air terjun. It takes about an hour to reach the waterfall.


Budak ni dah tak sabar nak terjun.
Antara halangan yg perlu ditempuh
This was the second crossing. Knee-deep. Later,  ada crossing yang cecah aras pinggang. So, pakai kasut yang sesuai. I noticed many wore slippers. My advice...please don't. There are 4 more crossings after this one. Unfortunately we weren't able to take photos at the other crossings as our phones were in the bag...Takut... tergelincir ke and tipon jatuh dalam air. Nangis tak berlagu mak..
Yeayyy ! Dah sampai. We were in awe.
Orang lom ramai sgt masa ni.

Dah sampai...apa lagi...terjun la...
Macam-macam gaya adaaaa..

Terjun butterfly ada.. Ke ...gaya kelawar ni ??
Terjun pakai kasut pun boleh... (ni kes super teruja).
Aishh...ada 'paus biru' dalam tu...
Kita tak terjun..sebab kat tempat terjun ada raaamaiii golongan adam. Segan. Golongan separa adam pun ada gak... Hehhh. So, kita berendam....ditemani ikan-ikan. Nama pun fish sanctuary...ikan berlegar-legar je keliling kita....dengan banyak dan meriahnya  Bukan saja di air terjun ni, tapi di sepanjang sungai.

Nak balik dahhhh....
Nampak kering...tapi basah semua ni...from head to toe.
Puas !! 
We will come again.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

"Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu; mudah digunakan, maka berjalanlan di merata-rata ceruk rantaunya, serta makan lah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jua lah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya)." 
Al-Mulk: 15

"Dan Kami telah jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani.'
Al-Anbiya: 31