Sunday, April 26, 2015

UNTUK ANAK

Assalamualaikum.
Hi there.

Memandangkan semua anak tinggal di asrama, weekend banyak dihabiskan di lebuhraya atau jalanraya...selalunya utk menjenguk mereka atau kadang2 kerana keperluan menghadiri program/aktiviti yg dilaksanakan oleh sekolah/universiti. Nak cari saya kat KL memang susah.

Weekend ni keluar kota lagi. Saturday...di Kuala Lipis....sebagai tetamu di Majlis Anugerah Kecemerlangan MRSM Tun Ghazali Shafie sebab anak pompuan yg sorang tu terima Anugerah Pengetua.


Alaaahhhh....terbalik pulak sampul tu...

Sunday... di Kuala Kangsar pulak. Hari Sukan MCKK.


Ni yang menang johan kawad. My son yg paling depan tu..
Nampak tak pompuan yang kena gendong tu ?? She's actually a 'he'...Cantik i tell you....Kreatif budak2 ni..


Wind orchestra
Second from left...also my son.. Performance during break.

All in all...proud of my children.

Wednesday, April 8, 2015

DARI-NYA KITA DATANG..

Lama sudah blog tidak di update. Nak buat macam mana...life for the past few weeks (or months) is all work, work and work. 

Namun pagi tadi menerima berita sedih. 

Diuji lagi dengan kematian dalam keluarga. Kali ini saya kehilangan anak saudara...anak kepada adik yang sepatutnya lahir dalam lebih kurang 2 minggu lagi. Allah lebih menyayangi...Ye...si comel telah meninggal dunia sebelum sempat dilahirkan. 

Sempat juga menolog adik dalam urusan jenazah. Sekali lagi saya ke bilik jenazah hospital...setelah melaluinya setahun 2 bulan yang lalu (bila adik lelaki saya meninggal dunia). 

Alhamdulillah diberi peluang oleh Allah untuk melalui semua ini...kerana dalam melaluinya saya terpikir banyak perkara. 
Antaranya

1. esok lusa...bila tiba saat saya, bagaimana agaknya saya 'pergi'. Maka saya mohon padaNya semoga saya 'pergi' dalam iman

2. esok lusa...bila tiba saat saya....siapa pula yang akan menguruskan 'saya'...Di sini saya sedar, sedar yang mendalam, betapa pentingnya kita menjaga hubungan keluarga dan jiran tetangga...kerana mereka ini lah sudahnya yang akan kita harapkan. Di sini juga saya tertanya2 adakah anak2 saya telah saya bekalkan dengan ilmu yang cukup untuk menguruskan saya kelak. Mampukah anak2 saya? Subhanallah, saya memang sedih mengenangkan ini.

3. Yang paling meninggalkan kesan di hati saya adalah....betapa besarnya Dia dan betapa kerdilnya kita.....Kun fa ya kun....kalau Dia kata 'jadi', maka jadilah....dalam apa jua perkara. Siapa kita untuk berkata tidak, jangan, atau nanti dulu...Sungguh...Allahuakbar. Kita ini di bawah kekuasaan Dia sepenuhnya. Ya Allah !! Semoga saya dijauhkan dari sifat sombong padaNya...kerana sememangnya saya takut akan kebesaran dan kekuasaanNya itu. 

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
Al-Fatihah buat mu anak.