Monday, June 1, 2015

CUTI SEKOLAH

Seperti biasa...cuti pertengahan tahun...
Anak-anak balik.


Sorang tak bersama kali ini....along. Sejak di universiti, cuti dah tak sama dengan adik2. Agak rasa 'kosong' di situ. Tp ibu kena strong je lah kan. Sudah putaran hidup begitu. 

Bila balik, as usual...nak itu ini. This was in Pappa Roti. Segala macam di order. Ikut lah anak-anak oiii... Ibu kerja cari rezeki utk korang jugak. 

No specific plan for this holiday. Ntah kenapa..
I guess it was easier when the children were small....stay hotel mana2, terjun swimming pool...atau gi theme park. Settle !! Bila masing2 dah besar ni...those kinds of activities are no longer attractive to them. Instead, they are more interested in activities which are more challenging like jungle trekking and camping. Udah like mother, like children kekdahnya. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, ye tak? As of now, lom lah ada arah tujuannya untuk nak aktiviti gitu. 

For starters, kita gi lah ice-skating dulu. 

Amboihh...sorang tu berdiri. Siap cekak pinggang. marah kat sape tak tau..


Feeling blessed

Sunday, May 24, 2015

SABTU-UNESCO, AHAD-TEN PIN BOWLING

Hari Sabtu ber-UNESCO, hari Ahad berbowling lak... This is my story...
@ Pacific Bowl, Jalan Ipoh



 




Team 'The Debabs' dan 'Lane Rangers'

Team 'The Debabs' dan 'Lane Rangers'

Tuaian pada kali ini 


Thursday, May 14, 2015

AYAM REMPAH SATU !!!!

Aahhh...I thought I had posted this.. 

It's a long weekend.
Labour Day.
Wesak Day.
And it's Hol Day in Pahang. Which means an extra day cuti for my daughter.

So, all of my children are at home except my second son who's in Mozec, Malacca ....there's this program for SPM.

Macam biasa...bila mereka di rumah...ada je lah permintaannya. Ada yang ngajak shopping, ada yang ngajak bowling, ada yang suruh masak makanan yang lama tak dapat/makan (sb duk asrama).

So, ini sebahagian daripada yang di'request' oleh anak-anak... (yang lain2 lupa nak ambik gambar).

Seri muka....kakak mintak 
Ibu tak sure ayam nak masak apa....along kata goreng berempah

Alhamdulillah, anak-anak mintak ibu masak. Takdelah dia mintak mamak yang masak atau restoran thai yang masak. Salah satu visi ibu dah tercapai...lagi awal dari masa yang telah ditetapkan. Pernah along cakap kat ayahnya bila diajak makan kat luar..."along bukan taknak makan kat luar yah....along nak makan ibu masak." Adehh...terus ibu touching jappp... 

Sunday, April 26, 2015

UNTUK ANAK

Assalamualaikum.
Hi there.

Memandangkan semua anak tinggal di asrama, weekend banyak dihabiskan di lebuhraya atau jalanraya...selalunya utk menjenguk mereka atau kadang2 kerana keperluan menghadiri program/aktiviti yg dilaksanakan oleh sekolah/universiti. Nak cari saya kat KL memang susah.

Weekend ni keluar kota lagi. Saturday...di Kuala Lipis....sebagai tetamu di Majlis Anugerah Kecemerlangan MRSM Tun Ghazali Shafie sebab anak pompuan yg sorang tu terima Anugerah Pengetua.


Alaaahhhh....terbalik pulak sampul tu...

Sunday... di Kuala Kangsar pulak. Hari Sukan MCKK.


Ni yang menang johan kawad. My son yg paling depan tu..
Nampak tak pompuan yang kena gendong tu ?? She's actually a 'he'...Cantik i tell you....Kreatif budak2 ni..


Wind orchestra
Second from left...also my son.. Performance during break.

All in all...proud of my children.

Wednesday, April 8, 2015

DARI-NYA KITA DATANG..

Lama sudah blog tidak di update. Nak buat macam mana...life for the past few weeks (or months) is all work, work and work. 

Namun pagi tadi menerima berita sedih. 

Diuji lagi dengan kematian dalam keluarga. Kali ini saya kehilangan anak saudara...anak kepada adik yang sepatutnya lahir dalam lebih kurang 2 minggu lagi. Allah lebih menyayangi...Ye...si comel telah meninggal dunia sebelum sempat dilahirkan. 

Sempat juga menolog adik dalam urusan jenazah. Sekali lagi saya ke bilik jenazah hospital...setelah melaluinya setahun 2 bulan yang lalu (bila adik lelaki saya meninggal dunia). 

Alhamdulillah diberi peluang oleh Allah untuk melalui semua ini...kerana dalam melaluinya saya terpikir banyak perkara. 
Antaranya

1. esok lusa...bila tiba saat saya, bagaimana agaknya saya 'pergi'. Maka saya mohon padaNya semoga saya 'pergi' dalam iman

2. esok lusa...bila tiba saat saya....siapa pula yang akan menguruskan 'saya'...Di sini saya sedar, sedar yang mendalam, betapa pentingnya kita menjaga hubungan keluarga dan jiran tetangga...kerana mereka ini lah sudahnya yang akan kita harapkan. Di sini juga saya tertanya2 adakah anak2 saya telah saya bekalkan dengan ilmu yang cukup untuk menguruskan saya kelak. Mampukah anak2 saya? Subhanallah, saya memang sedih mengenangkan ini.

3. Yang paling meninggalkan kesan di hati saya adalah....betapa besarnya Dia dan betapa kerdilnya kita.....Kun fa ya kun....kalau Dia kata 'jadi', maka jadilah....dalam apa jua perkara. Siapa kita untuk berkata tidak, jangan, atau nanti dulu...Sungguh...Allahuakbar. Kita ini di bawah kekuasaan Dia sepenuhnya. Ya Allah !! Semoga saya dijauhkan dari sifat sombong padaNya...kerana sememangnya saya takut akan kebesaran dan kekuasaanNya itu. 

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
Al-Fatihah buat mu anak.


Monday, March 16, 2015

SCHOOL HOLIDAYS

It's the 4th day of school holidays.
Not really a holiday for me. Masih mengadap kerja since the first day of the holiday. 
Rasa muak, jelak, penat ...semua ada...coz I have been working 'really hard' for almost 2 months already. Ada satu masa I got back from work at 10.30 at night for many days. Cikgu balik kerja pukul 10.30 malam ???? Tak terjangkau dek akal...malah oleh saya sendiri pun..

Ramai kata keje cikgu senang...keje half day je and cuti banyak. Well, you got to be in the field to know how it's like. 
Heyy...FB pun I tak sempat hokeh !!

Tapi dalam mengeluh, mengomel.....satu demi satu satu kerja selesai. Bukan saja selesai tapi dapat kepuasan....kerana semua berjalan atau berlaku mengikut perancangan. 

Memang penat ! But I look at it as a test from Allah. ...Nak tengok sabar atau tidak. 

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya… " 

( Al-Baqarah: 286)

And nowadays I have learned that ungkapan "DariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali" itu bukan hanya diterjemahkan atau diaplikasikan khusus bila menerima berita kematian tapi untuk urusan-urusan harian kita yang lain juga.
(Ya Allah...orang lain dah tahu pasal perkara ni lama dah....ctk baru nak belajar and baru nak dapat feel !!)

Ye...bila berdepan kesukaran atau masalah..kepadaNya lah kita kembali..


Allahuakbar !! Sesungguhnya pengharapan kepada Allah itu sungguh indah !

Ishhhh....saya bagi tau semua ni bukan sebab saya baik atau nak menunjuk baik ok.. Uihh...saya ni jauh dari baik...
Kan saya suka cerita-cerita. So, saya cerita lah...

This is actually rasa hati ...rasa syukur teramat sangat kerana dalam banyaknya dosa dan tersangat kurangnya amal, masih diberi peluang oleh Allah untuk merasai semua ini.. Mana lah tau perkongsian ini mungkin membantu atau memotivasi atau mengingatkan yang lain2 juga. 

La Tahzan InnAllaha Ma'ana.

Wednesday, March 11, 2015

@ Cengal Garden

Hmm...dah lama blog tidak di'update'.
Life has been very hectic...

Anyway, this was on Monday night. Entertained a group of lecturers/teachers from Tokyo University of Foreign Studies. One is a Malaysian, a Visiting Professor at the university and has been staying in Tokyo for about 30 years. 

They enjoyed the oxtail soup, kailan ikan masin and keropok lekor. 

Tapi rasa sangat kagum bila sup ekor yang sepatutnya utk makan seorang, mereka share 3 orang. Itu pun tak habis. Yang sorang tu (Miss J) makan nasi sekali seminggu sahaja. 
Padan lah mereka ni kurus !!!
Dan senang laa belanja mereka ni makan...sebab makan tak banyak. 

They were very polite too. Rasa malu pulak kita yang Malaysians ni tak se'polite' itu. 

Had a good time, shared many stories....despite the fact that one of them can only speak Japanese.

From left to right: Miss J (didn't get her name), Jenny, Pn Faridah, CTK, Pn Norzaini